Rabu, 25 Julai 2018

KURSUS PENGURUSAN STRATEGI KOPERASI (KURSUS WAJIB 3)

     Pada 19hb hingga 20hb Julai 2018, 3 orang Anggota Lembaga Koperasi Bumi Asli telah menghadiri Kursus Pengurusan Strategik Koperasi.  Kursus ini dianjurkan oleh Maktab Koperasi Malaysia Zon Sabah.  Kursus ini bertempat di Heritage Hotel Tawau.  Koperasi Bumi Asli telah diwakili oleh : 
  1.    Nazdiana binti Jumaad
  2.    Artisah binti Abdullah
  3.    Haslinda binti Othman


     Kursus  ini adalah ditujukan kepada peserta yang menjadi Anggota Lembaga Koperasi, Jawatankuasa Audit Dalaman, Jawatankuasa Kecil Koperasi, Pengurusan Kanan Koperasi, Perwakilan Koperasi dan Pemimpin Pelapis Koperasi.

     Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada ahli-ahli pengurusan kanan koperasi tentang konsep-konsep dalam pengurusan strategik.  Di dalam kursus ini, ahli akan diberi kefahaman berkaitan kepentingan pengurusan dan pentadbiran yang berkesan supaya perjalanan dalam pembangunan koperasi akan lebih lancar dan lebih berdaya maju.  Selain itu, ahli koperasi akan dibimbing untuk mengenalpasti nilai dan prinsip koperasi dan juga bagi memahami asas-asas dalam perundangan pentadbiran dan pengurusan koperasi.




Khamis, 12 Julai 2018

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 6


     Pada tarikh 07 April 2018, telah diadakan satu lagi Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 6 bagi Koperasi Bumi Asli.   Lokasi mesyuarat diadakan di Pejabat Koperasi Bumi Asli, Kampung Pangkalan Asli, Merotai Besar, Tawau.

     Disamping mengadakan Mesyuarat Agung, pihak Koperasi juga telah menerima keanggotaan 3 ahli koperasi yang baru.

     Semoga Koperasi Bumi Asli akan menjadi lebih bersemangat dengan mendapat keahlian yang terbaru ini.




Pengerusi Koperasi, En. Saharun bin Abu Nawas bergambar bersama 3 ahli baru di kiri dan kanan dan juga berserta AJK Koperasi yang lain.



Sabtu, 28 Mei 2016

Mesyuarat Agung Ko-BUMI Kali ke-4

Pada tarikh 26 Mei 2016, pihak Koperasi Bumi Asli telah mengadakan satu Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-4.  Mesyuarat tersebut telah berlangsung di Bangunan Aktiviti Koperasi, Rumah Penginapan Koperasi Bumi Asli, Merotai Tawau, Berhad.  Aktiviti mesyuarat berlangsung dengan jayanya dan kehadiran para ahli koperasi amat memuaskan.

Selain daripada mengadakan mesyuarat agung tersebut, pihak koperasi juga telah mengambil kesempatan untuk merasmikan Rumah Aktiviti Koperasi yang baru siap dari pembinaan.  Satu majlis kesyukuran telah diadakan dikalangan para ahli.

Semasa majlis perasmian ini, pihak koperasi telah memperkenalkan satu lagi produk terbaru iaitu Produk Sabun yang mana pelbagai jenis sabun telah dihasilkan.  Antaranya sabun pencuci pinggan dan pencuci lantai.  Semoga dengan penambahan jenis produk ini dapat menambahkan lagi sumber pendapatan bagi ahli-ahli koperasi Ko-Bumi Asli ini.

Para ahli koperasi bergambar bersama. Selain memperkenalkan produk sabun cuci.

Bangunan Aktiviti Koperasi, Rumah Penginapan Koperasi Bumi Asli, Merotai Tawau, Berhad.

Khamis, 14 Mei 2015

Mesyuarat Agung Ke-3 bagi Tahun 2015

Pada tarikh 1 Mei 2015, Koperasi Bumi Asli telah mengadakan satu Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-3 bagi tahun 2015.

Mesyuarat tersebut telah diadakan secara sederhana di penginapan Tuan Haji Abu Nawas yang terletak di Kampung Pangkalan Asli, Merotai Besar.




Majlis yang dipengerusikan oleh Encik Saharun bin Abu Nawas (Baju Hijau).  Bersama-sama AJK dan ahli-ahli Koperasi Bumi Asli.




Sabtu, 16 Ogos 2014

Mesyuarat Agung Ke-2 bagi Tahun 2014.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI BUMI ASLI MEROTAI TAWAU BERHAD KALI KE-2.

Bertempat di DEWAN MASYARAKAT KAMPUNG MEROTAI BESAR, TAWAU.

Tarikh : 03 JUN 2014 (05 SYAABAN 1435H).




Encik Amis selaku Pengurus Projek Pembenihan Rumpai Laut sedang memberikan penerangan berkaitan perkembangan terbaru projek tersebut kepada seluruh ahli koperasi.  Menurut beliau hasil rumpai laut tersebut telah boleh dijual sekurang-kurangnya pada bulan Oktober 2014.  Ini telah memberi kelegaan dan nafas baru kepada ahli yang telah bertungkus lumus bekerja sebelum ini.



Puan Mastura binti Hj. Ayed Musli, pegawai yang telah dijemput untuk menghadiri dan menyelia mesyuarat pada kali ini.   Pihak koperasi telah menjemput beliau untuk memberikan sebarang komen bagi mesyuarat ini,  dan beliau telah menegur serba sedikit perjalanan mesyuarat tersebut untuk diperbaiki pada mesyuarat akan datang.   Terima kasih diucapkan pada beliau kerana sudi menghadiri mesyuarat tersebut dan juga telah memberikan komen serta nasihat yang akan dimanfaatkan oleh pihak koperasi.


Ahli-ahli koperasi yang telah menghadiri mesyuarat pada kali ini.  Terima kasih diucapkan.






Jumaat, 18 Oktober 2013

Mesyuarat Agung Pertama

     Pada tarikh 29-6-2013, pihak Koperasi Bumi Asli telah mengadakan Mesyuarat Agung Pertama yang bertempat di Rumah Operasi Pelantar Rumpai Laut.  Pelbagai agenda yang telah dibincangkan disamping lawatan ke tapak pembenihan rumpai laut.









Ahad, 9 Jun 2013

(Aktiviti Riadah) Memancing di Musim Cuti Sekolah

     Musim cuti sekolah telah digunakan dengan sebaik-baiknya.  Pada tarikh 5/6/2013, satu aktiviti memancing telah diadakan di salah satu sungai yang terletak di kawasan Kalabakan.  Trip kali ini adalah amat memuaskan kerana hasil tangkapan yang diperolehi adalah amat baik kepada para pemancing yang mengikuti aktiviti tersebut.
     Pelbagai spesis ikan telah didaratkan pada hari itu.  Khidmat tekong bot Salman telah digunakan untuk pergi kekawasan pancingan tersebut.  Terima kasih diucapkan kepada tekong bot Salman kerana telah memberikan khidmat yang amat memuaskan.  Informasi untuk pakej memancing, sila klik DISINI.


melalui kawasan pemancingan.

Tekong bot, En. Salman (berdiri) bergambar bersama dengan Ahli Lembaga Koperasi, En. Amis bin Abu Nawas.


Seekor jenahak yang telah dinaikkan seorang pemancing jemputan, En. Mohd. Zahri.

Kerapu terbesar pada hari itu dianggarkan seberat 5 kg.

Pelbagai jenis spesis ikan didaratkan iaitu jenahak, tetanda, kerapu, putih (GT), tuka (anak pari), senangin, gerut dan semilang.
















Khamis, 3 Januari 2013

LAWATAN AHLI KOPERASI USAHAWAN BARU PADA SESI RAMAH MESRA AHLI KO-ASLI

     Pada awal penubuhan Koperasi Bumi Asli (KO-ASLI), satu sesi beramah mesra sesama ahli telah diadakan.  Majlis ini telah berlangsung pada tarikh 22 Julai 2011 bertempat di Dewan Masyarakat Kampung Pangkalan Asli, Merotai Besar, Tawau.  Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Saharun Bin Abu Nawas selaku Pengerusi Koperasi Bumi Asli.

     Majlis tersebut turut dihadiri dengan lawatan daripada beberapa orang ahli Koperasi Usahawan Baru (KUB) Kota Kinabalu.  Ketibaan mereka telah disambut dengan meriah oleh ahli-ahli dari KO-ASLI yang mana peluang ini telah digunakan dengan sebaik-baiknya oleh para ahli untuk bersama-sama berkongsi pandangan dan pengalaman masing-masing dalam pelbagai bidang.

Taklimat oleh Encik Saharun bin Abu Nawas selaku Pengerusi Koperasi Bumi Asli (KO-ASLI) kepada para ahli.

Ketibaan Wakil daripada Koperasi Usahawan baru (KUB).

Taklimat oleh Encik Saharun bin Abu Nawas selaku Pengerusi kepada wakil dari KUB.

Pengerusi KO-ASLI menyerahkan cenderamata kepada wakil KUB.

Pengerusi KO-ASLI menerima cenderamata daripada wakil KUB.

Pameran jualan sempena lawatan KUB ke KO-ASLI

Peserta sedang membeli produk keluaran KO-ASLI