Mi rumpai laut tarik perhatian pengunjung
SERDANG: Mi rumpai laut adalah antara penemuan penyelidikan yang diketengahkan dan menarik perhatian pengunjung pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) yang berakhir hari ini.
Orang ramai yang berminat melihat lebih dekat mi berkenaan boleh berkunjung ke Laman Perikanan yang turut menempatkan variasi barangan berasaskan rumpai laut seperti halwa, rumpai laut kering, minuman dan kolagen berasaskan rumpai laut. -->> BACA SELANJUTNYA
Orang ramai yang berminat melihat lebih dekat mi berkenaan boleh berkunjung ke Laman Perikanan yang turut menempatkan variasi barangan berasaskan rumpai laut seperti halwa, rumpai laut kering, minuman dan kolagen berasaskan rumpai laut. -->> BACA SELANJUTNYA
KHASIAT RUMPAI LAUT YANG PERLU ANDA TAHU..!!
Rumpai laut tidak mempunyai kolagen tetapi mampu membantu mengekalkan mahupun mengaktifkan proses pembentukan dan penghasilan kolagen dalam kulit manusia..... - Artikel pendek oleh Dr. Mariani Abdul Hamid IBD UTM -
KEGUNAAN EKSTRAK RUMPAI LAUT
Rumpai laut diekstrak
untuk menghasilkan Carrageenan.
Antara lain kegunaannya
sebagai bahan campuran dalam:-
1. Industri pembuatan
cat.
2. Pembuatan shampoo,
dakwat, tekstail, penyembur serangga.
3. Agen pembersih.
4. Sebagai bahan pengikat
dalam industri pembuatan bahan letupan.
5. Sebagai bahan
pengembang dalam industri permakanan.
6. Industri farmasi
(pengikat ubat-ubatan).
7. Bahan kosmetik dan lain-lain kegunaan.
<mukasurat : 4 dan 5>
KEPENTINGAN
EKONOMI
a) Makanan pencuci mulut
Rumpai
laut mempunyai beberapa kegunaan kepada manusia sehari-hari. Manusia telah
menggunakan rumpai laut sebagai makanan sejak berkurun-kurun. Manusia telah
menyedari bahawa beberapa rumpai laut terutama Alga Merah dan Alga Perang boleh
dijadikan sebahagian
daripada diet. Cara
memakannya berbeza-beza bergantung pada kebudayaan masing-masing.
Rumpai
laut boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. Tumbuhan ini
merupakan sumber yang baik bagi beberapa vitamin dan mineral selain mempunyai kandungan
protein yang tinggi. Walaupun ia mempunyai karbohidrat yang tinggi, tetapi
karbohidrat ini sukar
dihadamkan. Sebagai
contoh di Hawaii, rumpai laut yang dikenali sebagai ‘limu’ telah menjadi
makanan kegemaran sejak turun-temurun. Dua spesies yang digemari ialah Entermorha
Prolifera (Alga
Hijau) dan Gracilaria Coronopifolia
(Alga
Merah). Di beberapa tempat di Kepulauan Britain, Porphyra
(Alga
Merah) yang dikenali sebagai ‘Purple Laver’ dimakan dengan beberapa
cara. Alga
Merah dibasuh dan direbus
untuk dijadikan kek leper yang dikeringkan dan digunakan untuk membuat
‘blancmange’ dan makanan pencuci mulut yang lain. Di negara-negara ini, Palmaria
(Alga
Merah) atau lebih dikenali sebagai ‘dulse’ masih digunakan untuk membuat roti
dan makanan pencuci mulut.
b) Membuat teh dan kandi
Di
Jepun, penyediaan makanan daripada rumpai laut merupakan satu seni. Beberapa
spesies telah ditanam dan aktiviti ini merupakan tradisi yang telah lama
diamalkan. Spesies Laminaria dan Alaria
(atau
‘kombu’) dikeringkan dan dihancurkan sebelum dimakan. Tumbuhan ini turut digunakan
untuk membuat teh dan kandi. Undaria atau ‘wakame’ ialah satu
lagi kelpa yang sedap dimakan secara mentah. Porphyra
digunakan
untuk membuat ‘nori’ (kulit nipis) yang digunakan secara meluas dalam sup dan
sebagai pembungkus ‘sushi’ (nasi rebus yang disertakan dengan ikan mentah dan
landak laut). Di Malaysia, beberapa
spesies Caulerpa dan Gracilaria dimakan mentah oleh
masyarakat Melayu tempatan terutamanya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di
Sabah, Eucheuma merupakan rumpai laut yang sangat digemari oleh
masyarakat tempatan.
c) Makanan haiwan dan
baja
Rumpai
laut juga digunakan sebagai makanan haiwan dan baja. Sebagai makanan haiwan, makroalga
seperti Ascophyllum, Laminaria
dan Fucus
boleh diberikan kepada kambing, lembu, kuda, ayam dan babi. Pertumbuhan
haiwan ternakan boleh meningkat dengan cepat memandangkan rumpai laut kaya
dengan mineral dan vitamin. Lembu yang diberi makan rumpai laut juga didapati
menghasilkan susu yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Sekiranya ayam diberi
makan rumpai laut, telur yang dihasilkan didapati mempunyai kandungan iodin
yang tinggi. Masyarakat di pinggir laut juga menggunakan rumpai laut sebagai
baja. Rumpai laut yang biasa digunakan untuk tujuan ini termasuklah Fucus.
Alga Perang ini kaya dengan kalium, fosforus, unsur surih dan bahan
pertumbuhan. Rumpai laut dibiarkan reput di ladang atau dicampurkan dengan
bahan organik yang lain. Baja yang terhasil bukan sahaja memperkaya tanah
dengan nutrien tetapi juga membantu dalam membaiki struktur tanah.
d) Bidang perubatan
Rumpai
laut seperti Macrocystis, Laminaria, Fucus, Sargassum,
Turbinaria, Hormophysa dan
Hydroclathrus telah digunakan sejak
berkurun-kurun untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter,
disenteri, diarea dan masalah usus kecil dan pundi.
Beberapa spesies rumpai
laut dilaporkan mempunyai
nilai antibiotik, antibakteria, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah
spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolestrol
plasma.
e) Menghasilkan bahan
kimia
Rumpai
laut menghasilkan beberapa jenis bahan kimia bak
kanji yang dikenali sebagai fikokoloid. Fikokoloid digunakan dengan meluas dalam
industri pembuatan makanan. Kemampuannya membentuk gel walaupun pada
suhu rendah menjadikan fikokoloid begitu berharga. Bahan-bahan komersil ini banyak
mempunyai kegunaan dalam industri terutama sebagai bahan penebal, pengampai, penstabil
dan pembentuk gel. Salah satu fikokoloid yang
terpenting ialah algin
(yang terdiri daripada asid alginik dan garamnya alginat). Algin digunakan
sebagai bahan penstabil dan pengemulsi dalam pembuatan hasil tenusu seperti aiskrim
dan keju. Selain daripada itu, ia juga digunakan sebagai agen pengampai dalam
pembuatan bahan pengilat,
farmasi, dadah dan
antibiotik. Fikokoloid kedua yang boleh diperoleh daripada rumpai laut ialah
karagenan. Bahan ini diperoleh daripada Alga Merah seperti Chondrus
(‘irish
moss’)
di Atlantik Utara dan Eucheuma di kawasan tropika. Karagenan
menyerupai
Agar-Agar tetapi mengandungi kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan
tinggi untuk membentuk gel. Bahan ini digunakan sebagai agen penstabil dalam
aiskrim, ubat gigi, sirap, ubat batuk, minuman keras dan hasil tenusu di
samping membaiki tekstur roti dan sup.
*Sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp y=2010&dt=0430&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
RENCANA UTAMA
Nilai perubatan 'zamrud' lembut
Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my
izza.rosly@kosmo.com.my
TERIK matahari yang
memancar tengah hari itu langsung tidak melunturkan semangat sekumpulan pakar
penyelidik dan penuntut institusi pengajian tinggi dari dalam dan luar negara
untuk meredah laut Pulau Besar, Melaka bagi mencari khazanah alam itu.
Masing-masing tekun
meranduk dan sekali-sekala menyelam sambil tangan pantas mencapai khazanah
dasar laut itu.
Selepas berjam-jam
meranduk, mereka kembali ke darat membawa hasil tangkapan tetapi bukan ikan
atau harta karun, sebaliknya rumpai laut.
Hakikatnya terdapat
pelbagai rumpai laut yang beraneka warna dan bentuk dibawa pulang oleh peserta
Persidangan Taksonomi Rumpair Laut Asia Tenggara anjuran Institut Sains
Samudera dan Bumi (IOES), Universiti Malaya (UM) itu.
Rumpai laut itu kemudian
dikenal pasti dan dijadikan sampel rujukan ilmiah untuk mengkaji potensinya.
Rumpai laut termasuk dalam
kumpulan alga. Alga terdiri daripada mikroalga (fitoplankton) dan makroalga
(rumpai laut).
Mikroalga boleh hidup di
dalam air tawar dan masin, manakala rumpai laut hidup di dalam air laut sahaja.
Terdapat kira-kira 380
spesies rumpai laut di perairan Malaysia. Habitatnya ialah di pesisiran pantai,
pantai berbatu, pantai berlumpur, bakau, terumbu karang dan pantai berpasir.
"Malaysia kaya dengan
rumpai laut kerana kedudukannya yang terletak dalam lingkungan Lautan Pasifik
dan Laut Merah.
RUMPAI laut mempunyai banyak khasiat dan pelbagai kegunaan.
|
"Ia merupakan salah
satu kawasan megadiversiti di dunia yang mempunyai biodiversiti marin yang
tinggi termasuk rumpai laut.
"Hampir 380 spesies
rumpair laut yang terdiri daripada chlorophyta (rumpai laut hijau - 102
jenis), rhodophyta (rumpai laut merah - 185 jenis), phaeophyta
(rumpai coklat - 72 jenis) dan cyanophyta (rumpai laut biru hijau - 32
jenis)," kata Pengarah IOES UM, Profesor Dr. Phang Siew Moi.
Pelbagai spesies yang
bernilai tinggi belum dikomersialkan. Di Malaysia, hanya spesies Kappaphycus
dan Eucheuma dikultur secara besar-besaran.
Siew Moi memberitahu,
banyak kajian dan penyelidikan dijalankan bagi menentukan sebatian bioaktif
daripada rumpai laut.
Setiap penemuan terbaru
mengenai sebatian tersebut dikenal pasti dan diterbitkan dalam jurnal
antarabangsa.
Kebanyakan sebatian
bioaktif berfungsi sebagai antivirus dan antikanser, manakala yang lain boleh
dibangunkan menjadi ubat tetapi ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya
sebelum dapat direalisasikan.
Dalam perubatan
tradisional, kebanyakan rumpai laut digunakan oleh penduduk di Asia.
Sebagai contoh, nelayan
akan menggunakan serbuk Halimeda untuk dicampurkan dengan air sebelum
diberikan kepada kanak-kanak bagi mencegah cacing.
"Carraguard
merupakan satu microbiocide yang dibuat daripada karrageenan. Ia
digunakan sebagai antiviral untuk melawan HIV dan berfungsi sebagai
kontraseptif di Afrika.
"Halimeda
discoidea, Laurencia, Bryopsis dan Sargassum pula
bertindak menghalang pertumbuhan sel leukemia, sel barah payu dara dan
HIV," ujarnya.
Rumpai laut juga katanya,
boleh menjadi sumber bio bahan api. Selepas diesktrak untuk mendapatkan agar,
bahan buangan biomas boleh diperam atau ditapaikan untuk menghasilkan metana,
metanol atau etanol.
Ia juga boleh digunakan
sebagai sumber tenaga alternatif bagi menampung permintaan sektor pengangkutan
negara.
RAMPAI laut berpotensi menjadi sumber tenaga alternatif.
Katanya lagi, Gelidium
amansii (rumpai merah) boleh diproses untuk mendapatkan agar yang
kemudiannya dijual untuk digunakan dalam industri makanan atau ditapai bagi
menghasilkan bioetanol.
"Selebihnya boleh
digunakan untuk menghasilkan metana atau jika kualiti fibernya tinggi, ia boleh
digunakan untuk membuat kertas berkualiti tinggi.
"Penghasilan kertas
daripada rumpai laut telah dilakukan oleh syarikat Korea iaitu Pegasus
International.
"Di Malaysia,
kebanyakan karrageenan dihasilkan daripada Kappaphycus atau Eucheuma
yang dieksport atau digunakan untuk memproses makanan haiwan dalam tin, jeli,
penstabil makanan dalam minuman tenusu, aiskrim dan banyak lagi,"
jelasnya.
Siew Moi memberitahu,
rumpai yang boleh dimakan sebagai ulam atau salad ialah Eucheuma, Solieria
dan Caulerpa lentillifera. Ia banyak dijual di pasar Semporna, Sabah.
"Spesies rumpai
perang iaitu Sargassum, Padina, Turbinaria pula digunakan
dalam sup Cina yang berkhasiat untuk menyejukkan tubuh, menyingkirkan toksin
dalam badan dan sumber iodin untuk mengelakkan penyakit goiter.
"Di sebalik pelbagai
khasiatnya, rumpai laut turut menghadapi pelbagai ancaman seperti pencemaran
air laut, kesesakan trafik marin dan pemanasan global yang boleh merencatkan
pertumbuhan dan mengurangkan daya tahannya terhadap penyakit," katanya.
Sementara itu, Pegawai
Penyelidik Bahagian Akuakultur Marin, Jabatan Perikanan Malaysia, Adibi Rahiman
Md. Nor memberitahu industri rumpai laut di Malaysia kini tidaklah sehebat
negara jiran, Indonesia dan Filipina yang lebih dahulu terlibat dalam industri
tersebut.
Katanya, dalam industri
rumpai laut, ada dua cabang utama iaitu huluan dan hiliran. Bagi industri
huluan, pengkulturan rumpai laut di Malaysia hanya boleh dilakukan di kawasan
Semporna, Lahad Datu dan Kunak di Sabah.
"Mereka yang terlibat
dalam dalam industri huluan ini terdiri daripada orang kampung dan syarikat
swasta. Hasil tuaian akan dikeringkan dan dijual untuk tujuan semi proses.
RUMPAI laut boleh dibangunkan menjadi ubat-ubatan.
"Di Malaysia, hanya
ada dua kilang yang memproses semi refine karrageenan (SRC) yang
terbahagi kepada dua iaitu gred makanan dan gred bukan makanan," ujarnya.
Tambahnya, kedua-dua bahan
tersebut kemudiannya dieksport ke Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom
sebagai karageenan (RC) yang diproses.
Ia digunakan dalam
industri pemprosesan daging, wain, bir, cuka, aiskrim, yogurt, sos, ubat gigi,
losen, syampu dan kertas.
Negara-negara yang
mempunyai teknologi pemprosesan SRC akan menjual produk akhir ke seluruh dunia
termasuk Malaysia pada harga yang lebih tinggi.
"Industri rumpai laut
di Malaysia sudah lama. Industri pengkulturan bermula sejak tahun 1970-an lagi
dan kini negara kita merupakan pengeluar ketiga terbesar untuk sumber bahan
mentah Kappaphycus dan Eucheuma selepas Indonesia dan Filipina.
"Menyedari bahawa
industri rumpai laut mempunyai potensi yang besar, kerajaan telah membentuk
Jawatankuasa Rumpair Laut Negara yang berperanan menilai projek-projek rumpai
laut yang dijalankan sama ada di peringkat huluan atau hiliran melalui jawatankuasa
teknikal," katanya.
Kini, Jabatan Perikanan
sedang dalam usaha mengumpulkan pakar-pakar rujuk dalam bidang rumpai laut
untuk membangunkan industri yang berpotensi tinggi ini.
Sehubungan itu, kerjasama
antara pelbagai pihak seperti institusi pengajian tinggi (IPT), saintis dan
agensi kerajaan sangat penting demi memajukan industri tersebut.
Buat masa ini, kawasan
yang sesuai untuk menternak rumpai laut ialah Kunak, Lahad Datu dan Semporna di
Sabah yang berkeluasan 7,535 hektar dan melibatkan 943 penternak.
RUMPAI laut yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk.
|
"Bagi memastikan
Malaysia mampu bergerak seiring dengan Indonesia dan Filipina, Jabatan
Perikanan akan pertingkatkan program memperkenalkan variasi baru yang baik,
cepat membesar dan dalam masa yang sama memperkenalkan sistem pengkulturan
rumpai laut yang baik kepada petani supaya pengeluaran dapat ditingkatkan.
"Kita juga
menggalakkan pelabur-pelabur swasta yang berminat untuk melabur dalam industri
pemprosesan. Kita akan membantu mereka untuk memulakan projek tersebut,"
jelasnya.
Selain itu ada cadangan di
bawah Jawatankuasa Rumpai Laut Negara untuk menubuhkan sebuah pusat
penyelidikan di Semporna bagi menyalurkan maklumat kepada penternak atau
pengusaha rumpai laut dan mewujudkan koperasi untuk kebaikan mereka.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0430&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2GJ071m1M
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan