PETA LOKASI



     Koperasi Bumi Asli yang ditubuhkan di Kampung Pangkalan Asli, Merotai Besar terletak sejauh 40 km daripada Bandar Tawau, Sabah.  Jalanraya adalah merupakan cara perhubungan utama ke kawasan kampung ini. Dari Kampung Pangkalan Asli ke kawasan Program Rumpai Laut pula, perjalanan adalah mengambil masa selama 45 minit menaiki bot yang disediakan oleh pihak Koperasi.  Dalam perjalanan ke kawasan program tersebut, jika hari tersebut amat bertuah, maka akan berkesempatan melihat sendiri sejenis spesis monyet yang hanya terdapat di Borneo iaitu dalam nama tempatannya dipanggil monyet belanda atau pun nama saintifiknya dipanggil "Prosbocis Monkey".  Spesis monyet ini diancam kepupusan pada masa kini dan ianya kini terletak dalam perlindungan.




     Kawasan berpetak kuning adalah merupakan kawasan sasaran untuk penanaman rumpai laut yang mana ianya  berada di bawah program kluster.  Kawasan ini telah di anggarkan seluas 1000 ekar.  Pada masa kini, koperasi baru mengusahakan 20 ekar daripada kawasan ini ataupun ( 50 tali x 100 meter panjang ). 










Berdekatan dengan kawasan penanaman rumpai laut,  sebuah bangunan pusat operasi telah dibina.  Pusat operasi tersebut telah siap dibina pada tarikh 30 April 2013.  Sebelum bangunan pusat operasi tersebut dibina, segala aktiviti diuruskan di atas rumah sementara yang dibina sendiri oleh para ahli koperasi.  Tetapi, selepas pusat sebenar telah dibina maka segala aktiviti akan dibuat di pusat tersebut.  Keluasan bangunan ini adalah 100 kaki x 70 kaki.

Bangunan Pusat Operasi dibina adalah bertujuan sebagai tempat operasi pengurusan sepenuh masa bagi Projek Kluster ini.  Pelbagai kemudahan akan disediakan di bangunan tersebut antaranya Pejabat Operasi, tempat tinggal/hostel bagi para pekerja dan tempat pengeringan rumpai laut.  Kemudahan untuk pengunjung yang disediakan disana adalah surau, tandas dan kemudahan air tawar.

     Pada masa sekarang, Bangunan Pusat Operasi dan rumah sementara operasi telah digandingkan bersama untuk menjalankan segala urusan kerja rumpai laut.

Bangunan Pusat Operasi bersebelahan dengan Rumah Sementara


Terdapat 3 buah tangki besar yang digunakan sementara untuk  menyimpan air tawar

Ruangan bilik yang disediakan


Kawasan untuk mengeringkan rumpai

Ruang bersolat juga disediakan untuk para pengunjung.









Tiada ulasan: